Archive for tazkirah

tazkirah bulan pose:jgn biarkan hal2 kecil merosakkan diri anda!!

Posted in i'm as a counselor with tags , , , on September 2, 2009 by roshleo

assalamualaikum dan slm ramadhan buat familia blog sekalian,

memandangkan sekarang kite berada di bulan pose, so lebih elok dan moleknya kalo kite bercerita sikit mengenai sesuatu yg boleh meningkatkan ketakwaan, keimanan dan keyakinan kita untuk terus gah berdiri di atas bumi tuhan yg terbentang luas ini. mengenai tajuk di atas, ramai yang bersedih hati dgn perkara2 yg remeh dan tidak penting seperti apa yang kaum yahudi lakukan dan contohnya dapat dilihat di dalm al-Quran sendiri. hidup mereka byk berlegar dalam kelompok persekeliling seperti soal perut, pinggan , rumah dan mereka juga mengaplikasikan hidup berasabiyah dan tidak mahu bercampur dgn kaum2 yg lain. mereka tidak pernah mahu menebarkan pandangan mereka ke angkasa melihat bintang2 yg bertaburan ataupun mengambil tahu mengenai dunia; apa yg berlaku dalam isu semasa mahupun penyakit2 yg tgh merebak sekarang.

mari kita perhatikan betapa ramainya manusia yg hidupnya dri pagi hingga petang hanya disibukkan dgn kecemasan dan kegelisahan mereka untuk tidak dibenci isteri, rakan sepejabat, classmate dan lain2 atau supaya tidak mendapat celaan dan cemuhan yang mungkin berlegar dalam fasa prestasi kerja atau kehidupan seharian kita yg bertentangan dgn norma masyarakat. golongan2 seperti ini byk membazirkan masa mereka untuk dilihat sempurna oleh masyarakat sekeliling; mereka mahu semua org memandang kebaikan, kecantikan dan kelebihan mereka berbanding dgn masyarakat lain. mereka lebih pentingkan tanggapan dan stigma masyarakat berbanding dgn pandangan sendiri. mereka seolah2 hidup dlam penipuan dan hipokrasi kerana berpegang dgn prinsip MEREKA HIDUP UTK ORG LAIN BUKAN ATAS KEHENDAK SENDIRI.

ini semua merupakan musibah besar bagi golongan manusia seperti ini. betapa mereka sama sekali tidak mempunyai destinasi2 yg lebih mulia yg dapat menyibukkan mereka, dan kepentingan2 yg lebih mulia yg dpt menghabiskan seluruh waktu mereka. justeru itu, sekiranya anda merasakan yg hidup anda selama ini byk berlegar dlm kelompok di atas,, hayatilah semula yg anda sebenarnya telah menarik perhatian anda sendiri untuk memikirkan hal2 yg remeh yg tidak memberi apa2 kebaikan untuk diri anda sendiri malahan kebaikan utk sekelompok umat manusia yg hidup di bumi yg luas ini. cuba anada renungkan kembali, benarkah semuanya ini patut mendapat perhatian yg besardlm hidup anda?Mengapa mesti anda korbankan fikiran, daging, darah ,ketenteraman dan juga waktu hanya untuk masalah yg remeh-temeh?

para pakar kejiwaan sering berkata: “Buatlah batasan yg rasional (wajar) untuk tiap2 hari”. dan lebih tepat dri kalimah ini adalah firman Allah: “Allah telah pun mementukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap2 sesuatu.”                      (Surah At-Talaq:3)

dengan kata lain, letaklah tiap2 masalah sesuai dgn ukuran, nilai dan kadarnya dan janganlah sekali2 anda berbuat zalim dan melampaui batas. umpamanya kalau matlamat anda untuk dtg berhijrah ke kuala lumpur untuk belajar, maka anda nescaya akan mendapat keredhaan drpd Allah, akan tetapi sekiranya anda dtg berhijrah tetapi lebih memikirkan hal2 duniawi yg tidak mempunyai kepentingan untuk diri anda sendiri seperti menjuruskan diri dlm hal2 emosi, masalah jiwa yg tidak pernah habis, maka yg anda akan perolehi hanyalah kebinasaan dan kegagalan.

sebelum mengakhiri tulisan ini, kesimpulan yg jelas dpt dilihat disini ialah ketepikanlah hal2 yg tidak mustahak dan tidak penting dlm hidup anda. jgnlah sampai anda hanya disibukkan olehnya dan waktu anda habis kerana memikirkannya. sebelum anda meletakkan hati, perasaan dan fikiran anda kepada masalah2 yg tidak mendatangkan faedah, fikirkan dahulu mengenai benda2 yg lebih penting dan besar seperti kepayahan yg dialami oleh muslimin muslimat yg berperang di gaza, kemiskinan dan kepayahan masyarakat yg tidak dapat hidup dalam kegembiraan seperti yg kita alami sekarang dan juga mereka2 yg mendapat penyakit2 yg tidak dpt disembuhi yg hanya menunggu masa untuk dipanggil oleh-Nya. kita sepatutnya bersyukur kerana diberi lagi peluang dan kesihatan yg baik untuk terus hidup di bumi Allah ini. jadi, gunakanlah kesihatan dan kesempurnaan yg diberikan itu ke jln yg baik dan jgn lah sekali2 kita kufur nikmat kerana kita tak tahu apa yg akan dtg untuk kta esok samada masih lagi bernafas, dpt bergerak seperti skrg atau selainnya.

sama2lah kita renungkan bersama bukan sahaja untuk kebaikan diri kita sendiri, malahan untuk kepentingan muslimin muslimat sejagat.terima kasih.